Wednesday, April 21, 2010

NEGARA ARAB PUN GILA!!!!

BAITULMAQDIS dan MASJIDIL AQSA adalah sebuah citra paling duka bagi umat ISLAM, terutamanya selepas 1948 - sejak DEKLARASI BALFORE yang menyaksikan dengan rasminya pembentukan negara haram israel di PALESTINE dan kemudian diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ).

Sejak itu jutaan rakyat PALESTINE yang majoritinya MUSLIM telah terkorban dalam perjuangan yang panjang. Ratusan juta dolar telah didermakan oleh UMAT ISLAM seluruh dunia kepada pejuang-pejuang PALESTINE untuk membebaskan negara para ANBIA' itu daripada cengkaman yahudi laknatullah.

Namun yang mengerikan ialah israel bukan saja semakin kuat cengkamannya di negara yang pernah dibebaskan oleh Umar Al-Khatab itu, tetapi kini rejim haram itu sedang menggali terowong di bawah Masjid Al-Aqsa, yang membawa kemungkinan besar masjid tersebut akan runtuh dalam waktu terdekat.

Sungguh malang ditengah-tengah kemarahan UMAT ISLAM kepada rejim zionis itu, sikap pemerintah negara Arab di sekelilingnya terus membisu dan tidak bersediauntuk memerangi israel. Malah Mesir menutup sempadan ke GAZA di mana GAZA dijadikan penjara terbuka oleh israel. Di sana rakyat PALESTINE dibunuh, didera dan dihalau setiap hari.

Dikhabarkan negara-negara Arab yang kaya itu telah membelanjakan ratusan bilion dolar amerika untuk membeli senjata tercanggih dari amerika, eropah bahkan dari negara-negara bekas soviet union. Malah ada pemimpin-pemimpin Arab yang dengan bangganya mengisytiharkan bahawa negara mereka telah menyediakan peruntukan yang besar untuk memiliki sistem pertahanan tentera tercanggih.

Akhirnya pemimpin ISLAM yang tidak mempunyai apa-apa kuasa dan keupayaan menjelajah dari satu negara ke satu negara untukmeminta sokongan moral dan material untuk memerangi israel laknatullah. Ini dilakukan sejak puluhan tahun dahulu dan ALHAMDULILLAH, Umat ISLAM, miskin dan kaya menghulurkan bantuan kepada perjuangan membebaskan PALESTINE ini.

Namun pemerintah negara Arab masih terus membisu. Ada yang menyatakan bahawa mereka masih trauma dengan kekalahan di tangan israel pada bulan Jun 1967 dulu, di mana angkatan bersenjata Arab ( SYRIA,JORDAN,LIBYA dan MESIR ) musnah sama sekali terutamanya angkatan udara mereka. Hanya Iraq ( zaman Saddam Hussein ) yang kelihatan masih melawan.

Penganalisis berpendapat, kelemahan ketara pemerintah Arab ialah mereka sangat taksub dengan fahaman kenegaraan masing-masing. Mesir amat berbangga dengan nasionalisme negaranya yang dikatakan paling tua tamadunnya. Demikian juga dengan Jordan, Syria, Libya dan lain-lain. Sementara negara teluk yang kaya dengan sumber minyaknya ( Kuwait, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu ( UAE ) sangat takut untuk berdepan dengan israel justeru takut ekonominya musnah, walaupun menyediakan berbilion dolar untuk angkatan bersenjatanya.

Negara Maghribi pula sanggup membina masjid tercantik di dunia ynag berharga jutaan dolar amerika, namun untuk terlibat dalam memerangi israel jauh sekali. Akhirnya pemikiran untuk memerangi israel atas nama ISLAM pun lumpuh.

Gejala nasionalisme Arab ini juga yang menyebabkan mereka keluar daripada naungan DAULAH UTHMANIAH TURKI dulu. Pada ketika yang sama daulah itu sendiri semakin melemah akibat tekanan british, perancis serta negara eropah yang lain.

Kesan paling menyanyat hati ialah selepas DAULAH UTHMANIAH runtuh, ramai orang Arab PALESTINE sendiri menjual tanah mereka kepada orang yahudi, sesuatau yang dilarang semasa pemerintahan TURKI. Inilah citra PALESTINE yang paling duka.

Berita yang paling menyayat hati ialah seruan kepada dunia supaya campurtangan antarabangsa terhadap PALESTINE dan AL-AQSA yang kini di ancam keruntuhan akibat penggalian terowong dibawahnya oleh zionis laktullah.

Menurut kata Setiausaha Agung Jabatan Kebudayaan PALESTINE, Ismail Talawi, penggalian yang dilakukan israel itu telah merobohkan sebuah sekolah yang berdekatan dengan AL-AQSA. "Jika langkah itu diteruskan, maka giliran AL-AQSA akan menyusul.

Beliau menyatakan hal itu dalam pertemuan para arkeologi dunia yang bergabung dalam Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization ( ISESCO ).
Menurutnya, negar Arab dan semua Umat ISLAM seluruh dunia memiliki tanggungjawab untuk mengerahkan upaya agarusaha israel melakukan yahudinisasi AL-QUDS ( BAITULMAQDIS ) dapat dihentikan.

Dalam pertemuan dua hari itu, ISESCO menyeru PBB supaya melindungi AL-AQSA yang menurut mereka adalah warisan dunia. Dalam pertemuan di DAMSYIK baru-baru ini, mereka juga mengutuk keputusan israel merobohkan AL-HARAM AL-IBRAHIMI dan Masjid BILAL BIN RABBAH yang mereka dakwa sebagai warisan yahudi.

Itulah yahudi laktullah yang sedang menunggu peluang dan ruang untuk menghancur ranapkan PALESTINE kiblat pertama Umat ISLAM.

Wednesday, February 10, 2010

Orang Gila Yang Tidak Dipercayai


Sakitnya hati bila tidak dipercayai.....

Tidak mempercayai seseorang adalah senjata tajam yang boleh melukakan hati. Apatah lagi jika seseorang itu adalah layak untuk ia dipercayai serta mempunyai kebolehan tertentu. Mungkin tak nampak di mata tentang betapa kejamnya tindakan itu, tetapi bagi sesiapa yang pernah menghadapinya pasti tahu betapa pedih dan perit apabila tidak dipercayai. Ia ibarat jenayah yang boleh melenyapkan sifat percaya mempercayai dan saling kasih mengasihi.
Saya cuba menerangkan melalui pengalaman saya serta orang lain yang saya terima daripada pembacaan dan pendengaran. Kerana pengalaman adalah sebaik-baik guru dalam seseuatu perkara. Dan tulisan ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa, hanya sekadar coretan saya di malam hari untuk menaip bisikan hati yang terkenang sebuah kisah. Moga ia bermakna dan diambil pengajaran.


"KEPERCAYAAN" adalah satu tenaga yang mengalir dalam diri seseorang ataupun dalam ikatan perhubungan sesama manusia tidak kira persahabatan, keluarga dan sebagainya. Ia adalah sumber kekuatan dalaman iaitu percaya kepada diri sendiri ataupun dalam istilah bahasa inggeris ; self-esteem. Percaya kepada diri sendiri amat penting. Tanpanya kita adalah golongan manusia yang pengecut dan tidak bermaruah. Juga ia adalah langkah pertama dalam kita menjana peribadi proaktif.

Percaya kepada diri sendiri adalah asas dan naluri kemanusiaan. Tetapi ia boleh hilang daripada jiwa manusia jika tidak dipelihara serta dijaga. Ataupun ia menjadi tumpul serta tidak terkawal yang menyebabkan bercambahnya sifat-sfat negatif dalam diri manusia. Apabila berkurangnya "kepercayaan" dalam hati, maka kita menjadi kaum yang lemah dan tidak mampu mempertahankan maruah. Apabila berlebihan pula, kita menjadi manusia yang pentingkan diri sendiri.

Juga kepercayaan kepada diri sendiri adalah langkah pertama dalam kita mendapat kepercayaan manusia lain. Mana mungkin seseorang yang tidak percaya diri sendiri mendapat sokongan dan kepercayaan masyarakat sekeliling. Tidak mungkin sama sekali kerana hakikatnya dia tiada jati diri.

Saling mempercayai adalah prasyarat dalam sesuatu perhubungan. Sahabat dengan sahabat, guru dengan murid, ibu bapa dengan anak-anak, suami dengan isteri dan sebagainya. Tanpa ikatan saling mempercayai, sesuatu perhubungan adalah satu topeng palsu dan penuh dengan buruk sangka. Oleh itu awas, apabila kita mula menyemai bibit-bibit 'tidak percaya' sesama teman kita, mungkin ia akan bercambah menjadi masalah yang meretakkan perhubungan itu.

Buruk sangka adalah antara contoh yang sesuai bagi kita menggambarkan hilang kepercayaan kepada seseorang. Juga jika kita memandang rendah kebolehan sesorang serta sengaja melelapkan mata daripada melihat bakatnya. Mungkin itu semua berpunca dari rasa iri hati dan cemburu - wallahua'lam. Kebencian mula terasa walaupun puas dilindung dengan senyuman manis di bibir. Di hati tetap pahit. Itulah tanda-tandanya hilangnya kepercayaan sesama insan.

Alangkah pedih apabila kita tidak dipercayai. Bukan ingin mengangkat diri sendiri ke makam yang tinggi. Namun jika perkara tersebut adalah sangat rapat dengan kita, tiba-tiba saja kita dilupakan. Seolah-olah tidak pernah wujud. Mungkin hati kita yang masih dibaluti iman akan berkata, "Tidak mengapa.." Namun sakitnya tidak dapat kita nafikan.

Adakalanya kita perlu menjadikan limau masam yang dicampakkan kepada kita menjadi air limau manis yang menyegarkan. Usah terasa, usah bermasam muka sekiranya kita tidak dipercayai. Marilah duduk sejenak, kita muhasabah kembali. Mungkin kita yang bersalah dan perlu berubah. Maka pedulikanlah apa kata manusia. Sungguh, mulut manusia takkan berhenti berkata. Mari kita jadikan ketidak pedulian yang dilontarkan kepada kita sebagai pembakar semangat untuk kita bangkit.

Biarlah seluruh insan tidak mempercayai diri kita, bakat yang kita punyai. Kerana hakikatnya kita mempunyai hidup sendiri untuk kita pandu. Maka layarkanlah kepada jalan yang betul. Mereka semua mengetepikan kita, tidak mengapa. Mari kita berdiri atas diri sendiri dan bangkit menginggalkan mereka semua.

Biarlah seluruh manusia tidak mempercayai kita..

Tetapi pastikan kita sentiasa mempercayai diri sendiri..

Apabila mereka melupakan kita..Katakan dalam hati,

"Pegi mati!!"

Monday, December 14, 2009

Berfikir Dalam Kegilaan

Kita sering melihat keadaan di mana apabila diberi amanah untuk menjadi pemimpin samada di peringkat rendah atau tertinggi, mereka-mereka ini sering menjadikan pangkat atau jawatan yang diberi untuk mengumpul kekayaan dengan cara yang sangat dasyat.

Harta-harta milik rakyat seringkali disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Isteri-isteri menghias diri dengan perhiasan-perhiasan yang mewah-mewah sedangkan mereka-mereka ini mengaku bahawasanya tiada Tuhan selain ALLAH S.W.T.

Timbulnya keadaan ini adakah disebabkan kurangnya orang berilmu untuk memberi nasihat?? Atau mungkin kerana tiada lagi alim ulamak yang berpegang teguh pada Al-Quran dan SunnaturRasulAllah??

Tapi kita mungkin tak akan lupa bahawa sejarah telah membuktikan yang kita pernah memiliki pemimpin-pemimpin yang zuhud antaranya Khalifah Umar bin Abd Aziz.

Siapa yang tak kenal dengan Umar bin Abdul Aziz. Seorang pemimpin yang adil, arif, lagi berilmu. Banyak kisah teladan yang beliau tinggalkan untuk semua pencari kebenaran. Inilah kisah ringkasnya.

Suatu hari datanglah seorang utusan dari salah satu daerah kepada beliau. Utusan itu sampai di depan pintu Umar bin Abdul Aziz dalam keadaan malam menjelang. Setelah mengetuk pintu seorang penjaga menyambutnya. Utusan itu pun mengatakan, “Beritahu Amirul Mukminin bahawa yang datang adalah utusan gabenornya.” Penjaga itu masuk untuk memberitahu Umar yang hampir saja berangkat tidur. Umar pun duduk dan berkata, “Izinkan dia masuk.”

Utusan itu masuk, dan Umar memerintahkan untuk menyalakan lilin yang besar. Umar bertanya kepada utusan tersebut tentang keadaan penduduk kota, dan kaum muslimin di sana, bagaimana tingkahlaku gabenor, bagaimana perniagaan, bagaimana dengan anak-anak, orang-orang muhajirin dan ansor, para ibnu sabil, orang-orang miskin. Apakah hak mereka sudah ditunaikan? Adakah mereka-mereka yang dalam kesusahan?

Utusan itu pun menyampaikan segala yang diketahuinya tentang kota kepada Umar bin Abdul aziz. Tak ada satu pun yang disembunyikannya.

Semua pertanyaan Umar dijawab lengkap oleh utusan itu. Ketika semua pertanyaan Umar telah selesai dijawab, utusan itu balik bertanya kepada Umar.

“Ya Amirul Mukminin, bagaimana keadaanmu, dirimu, dan badanmu? Bagaimana keluargamu, seluruh pegawai dan orang-orang yang menjadi tanggung jawabmu? Umar pun kemudian dengan serta merta meniup lilin tersebut dan berkata, “Wahai pelayan, nyalakan lampunya!” Lalu dinyalakanlah sebuah lampu kecil yang hampir-hampir tidak bisa menerangi ruangan kerana cahayanya yang teramat kecil.

Umar melanjutkan perkataanya, “Sekarang bertanyalah apa yang kamu inginkan.” Utusan itu bertanya tentang keadaannya. Umar memberitahukan tentang keadaan dirinya, anak-anaknya, isteri, dan keluarganya.

Rupanya utusan itu sangat tertarik dengan perbuatan yang telah dilakukan oleh Umar, mematikan lilin. Dia bertanya, “Ya Amirul Mukminin, aku melihatmu melakukan sesuatu yang belum pernah anda lakukan.” Umar menyoal kembali, “Apa itu?”

“Engkau mematikan lilin ketika aku menanyakan tentang keadaanmu dan keluargamu.”

Umar berkata, “Wahai hamba Allah, lilin yang kumatikan itu adalah harta Allah, harta kaum muslimin. Ketika aku bertanya kepadamu tentang urusan mereka maka lilin itu dinyalakan demi tentang mereka. Bila kamu bertanyakan tentang keluarga dan keadaanku, maka aku pun mematikan lilin milik kaum muslimin.”

Subhanallah, benar-benar mengagumkan! begitu besar kesungguhan Umar dalam menjaga harta kaum muslimin, berbeza dengan kebanyakan pemimpin yang kita saksikan sekarang.

Cuba kita bandingkan dengan pemimpin-pemimpin kita sekarang. Adakah diantara mereka itu ada yang memiliki sifat seperti Khalifah Umar??

Tidak malukah kita apabila seorang pemimpin bukan Islam ingin mencontohi pemerintahan Khalifah Umar sedangkan ada diantara kita masih lagi mempunyai niat untuk menjatuhkan kepimpinan Islam di sebuah negeri??


Tuesday, November 17, 2009

Dgn Orang Gila..

Situasi Satu.....

Seorg pemandu kereta ditahan polis dalam sekatan jalanraya...
Pemandu itu tiada lesen memandu..

Polis : Boleh keluarkan lesen dan i/c encik??

Pemandu : I/C je ade.
Polis : Lesen??
Pemandu : Takde!!
Polis : Nampaknya saya kena saman encik sbb memandu tanpa lesen!! Encik x ikut peraturan yg ditetapkan.

Pemandu : Mintak maaf... Saya belum bersedia nak ikut peraturan yg ditetapkan.. kalau saya ikut pun hati saya tak ikhlas tak guna jg kan?? Yg pentingkan hati.. ________________________________________________

Situasi Dua.....

Seorang ibu hendak memasak utk anak-anaknye tetapi kehabisan gas. Lalu dia menyuruh anak lelakinya ke kedai utk membeli gas.


Ibu : Man,tolong mak belikan gas kat kedai pak mat!! Mak nak masak utk korang ni!!

Anak : Xnakla mak.. Mak suruhla sape2!!

Ibu : Mak nak masak makanan utk korang ni!! jgn degil la!!!
Anak : Ala....malasla!!

Mak : Ko nak jd anak derhaka ke??

Anak : Sy x ikhlas!! Kalau saya pergi pun x gunakan?? Yg pentingkan hati!!
______________________________________________
Situasi Tiga.....

Dua org kekasih berborak tentang tudung.. Si lelaki mahukan kekasihnya memakai tudung..

Pakwe : Awak xnak pakai tudung ke? Kan elok kalau awak mulakan dari sekarang!! Nanti lepas kita kahwin saya nak awak pakai tudung..
Makwe : Xnakla.. Saya belum bersedia.. Awak pun xleh nak paksa saya.
Pakwe : Kan lebih baik kalau awak pakai tudung?? Tutup aurat tu..
Makwe : Kenapa?? saya x cukup baik ke selama ni?? Yg tutup aurat tu semua baik ke?? Yg pentingkan hati!! Kalau tutup aurat sebab terpaksa pun x guna!! kene ikhlas kan?
______________________________________________
Kesimpulan.....

Kita sebagai manusia boleh saja nak ikut peraturan2 ciptaan kita sendiri tanpa kompromi.. Tapi seringkali kita abaikan peraturan2 dan hukum2 yg ALLAH telah turunkan untuk kita ikuti..

"TUTUP AURAT" adalah arahan mandatori....

Monday, October 26, 2009

Ini Semua Gila...

Apasal la aku malas sembahyang,
ALLAH kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang....

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang.......

Apasal la aku malas sembahyang,
ALLAH kasi otak supaya aku tak bangang,
ALLAH kasi ilmu boleh fikir susah senang,
ALLAH kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?
Apasal la aku malas sembahyang,

Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang.....

Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

Monday, October 12, 2009

Bersama Kegilaan

"Jika aku dipenjara, aku boleh beruzlah dan beribadah. Jika aku dibuang negeri, aku boleh melancong percuma dan jika aku dibunuh, maka aku dapat bertemu Tuhanku sebagai seorang shuhada" - Sheikh Abdul Qadir Audah -

Sunday, June 28, 2009

RAMAI YG GILA..

MICHAEL JACKSON DAH MENINGGAL..
YG TINGGAL CUME ORG2 YG MCM XNAK MENINGGAL YG SIBUK2 PASAL MENINGGALNYA MJ TU..
PELIK!!
SEMUA BUAT TEORI..
BUAT RETORIK..
MJ ISLAM??
MJ KRISTIAN??
MJ MASUK GEREJA??
MCM MANE DIE DIKEBUMIKAN??
KECOH SGT PASAL APA?

APE LAGI LEPAS NI??
KERAJAAN NAK BG PINGAT KE?
TUN?
TAN SRI?
DATUK?
MCM YG ARTIS BOLLYWOOD DPT?
MJ PUN PENAH WAT KONSERT KAT MALAYA!!!
KENAPA X BG GELARAN SULTAN JE?
KAN SENANG!!!

CARIKLA BENDA LAIN YG PERLU DIFIKIRKAN..
FIKIRLA NASIB PALESTINE...
FIKIRLA NASIB UMMAH..